Powered by Blogger.

UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Lokasi Kami

Lokasi Kami

DOA/PANTUN

KOLEKSI DOA DAN PANTUN


KATA-KATA & DOA

KOD  NO

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21




A-001

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya "
- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a. 


A-002

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “



A-003

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad
pada hari pernikahan puterinya
Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib 



A-004

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
(nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.



A-005

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~



A-006

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~



A-007

" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “



A-008

Pernikahan atau perkawinan, membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu, tidaklah semulia Muhammad SAW,
tidaklah setaqwa Ibrahim, pun tidak setabah Ayyub,
atau pun segagah Musa, apalagi setampan Yusuf
Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman, yang punya cita cita,
membangun keturunan yang soleh...



A-009

Pernikahan atau perkawinan, menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi, tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah
Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman, yang punya cita cita, menjadi solehah...


A-010

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya.



A-011

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. .



A-012

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...



A-013

Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah... amin...





A-014






PANTUN


KOD  NO

Sirih Bermadah Pinang Dibelah,
Adat Diturut Tersusun Rapi,
Merisik Sudah Bertunang Pun Sudah,
Tiba Kini Majlis Dinanti.


P-001

Lembayung Senja Menggamit Malam,
Menangis Jentayu Menanti Hujan,
Hajat Mulia Menyusul Salam,
Pohon Restu Kehadiran Tuan.


P-002

Sirih Bertepuk Pinang Dibelah,
Dijamu Untuk Tetamu Kami,
Merisik Sudah Bertunang Sudah,
Kini Tiba Pengantin Dirai.


P-003

Beras Kunyit Kami Taburi,
Air Mawar Direnjis Wangi,
Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Merai.


P-004

Tepak Perak Indah Berseri,
Dibawa Orang Dari Deli,
Menyusun Jari Memohon Sudi,
Raja Sehari Sama Dirai.


P-005

Daun Selasih Daun Semulih,
Pohon Pinang Jambatan Mandi;
Pinangan Diterima Menambat Kasih,
Kini Masa Mengikat Janji.


P-006

Sirih Bermadah Pinang Berbelah,
Adat Kelmarin Dibenihi Rapi,
Merisik Sudah Bertunang Sudah,
Majlis Kahwin Kini Dinanti..

P-007

Titah Raja Kepada Menteri
Menjemput Bintang Di Celah Awan
Menjadi Penyeri Raja Sehari

Watikah Dikirim Pengganti Diri
Menjemput Hadir Tuan Dan Puan
Menjadi Tetamu Di Majlis Nanti


P-008

Anak Panah Tepi Busur
Anak Sungai Dari Selayang
Satu Cinta Kan Hidup Subur
Satu Perkahwinan Menuju Gerbang


P-009

Ikan Di Laut Asam Di Darat
Dalam Kuali Bertemu Jua
Hati Terpaut Janji Diikat
Atas Pelamin Bertemu Jua


P-010

Orang Jauh Dikenang-Kenang
Hanya Terkenang Pada Yang Satu
Mula Berkenal Kemudian Bertunang
Diatas Pelamin Sama Bersatu


P-011

Panas Kering Siapakan Tahu
Hujan Rintik Di Daun Pandan
Berjalan Seiring Bersentuh Bahu
Sama Cantik Sama Padan


P-012

Di Malam Hari Terang Senegeri
Bulan Purnama Dihujung Julai
Majlis Dirai Bertambah Seri
Menyambut Kedatangan Kedua Mempelai

P-013

Merahnya Delima Manisnya Nona
Buat Santapan Raja Sehari,
Majlis Dirai Penuh Bermakna,
Kehadhiran Semua Menambah Seri


P-014

Dari Johor Kekuala Kedah
Dagang Merantau Beratus Batu
Merisik Sudah Bertunang Pun Sudah
Diatas Pelamin Kini Bersatu

Mempelai Dirai Duduk Tersenyum
Melihat Laksamana Berpancak Silat
Ayah Bonda Tersenyum Menguntum
Sudah Sempurna Segala Adat


P-015

Dengarlah Ini Ayah Berpesan
Anak Menantu, Ayah Ingatkan
Berkasih Sayang Sesama Insan
Jangan Cepat Menjadi Bosan

Pergi Berzanji Di Pekan Pagoh
Beli Sekati Ikan Senohong
Sudah Berjanji Bersetia Tegoh
Jangan Dimungkiri Bercakap Bohong

Amat Garang Datuk Bentara
Musuh Melanggar Habis Dibenam
Dulu Seorang Kini Berdua
Hidup Bersama Susah Senang


P-016

Beli Gula Di Pekan Baru
Berbalut Kertas Merah Kuning
Melangkah Seiring Pengantin Baru
Dua Sejoli Duduk Bersanding

Merahnya Delima Manisnya Nona
Buat Santapan Tuan Puteri
Majlis Meriah Penuh Bermakna,
Kehadhiran Semua Menambah Seri.


P-017

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP